Friday, 20 May 2011

~ Edit MengEdit ~



http://www.smileycodes.info hola everybody....wah, rasanye da lama jugak CMJ tak update blog ek.. bukan ape, xde idea la nak cter apa..kadang idea ada, kemalasan plak melanda..hohohoo

Hari ini CMJ nak cter pasal salah satu kegemaran CMJ... iaitu edit mengedit... edit mengedit ape? yang pastinye edit gambo ler..hohoo CMJ mmg suka nk edit2 gmbo.. xkesah dekat PAINT ke, dekat PICNIC ke, or wat evala software yang leh edit gambo ni... memang kegemaran... kat bawah ni adalah antara gambo2 yang telah diedit oleh CMJ... 

~ Ni gambar ahli keluarga CMJ, bersama rumah kami...ni rumah dolu2 skang da baru..huhu skang pon da tambah baby boy sorang... ~

~ Ni BFF CMJ kat kampung, kami kawan masa sekolah rendah lagi smpi sekarang.. power puff girls , gelaran kami masa kanak-kanak...hehehee 3S pula bermaksud (salwa, shima,shida @ sahabat sejati selamanya) ~

~ Ni kengkawan Baik masa belajar kat poli... kami gelarkan SIBLING 5..kami ber5 pon da macam adek beradik..ni gambo masa sem 1..hehehe ~


~ aksi senget bersama rakan-rakan seangkatan ..hahahaa ~

~ Berjalan-jalan sambil bergambar di banadar... ~
~ aksi comel bersama housemate CMJ...hohoho ~

kat atas ni antara gambar2 yang telah CMJ edit... gambar 1 & 2, CMJ edit guna FRAME PHOTO EDITOR,  tak best coz software tu trial punye..jadi ade kuar plak tulisan kat ctu..huhuhuu masa tu lom terer sangat dlm edit mengedit ni..heehee gambar yang 3,4,5 & 6, CMJ edit kat PAINT..ni kat pc kiter pon ade... gambo2 yang ori di cut & paste, then kiter lukis la dengan comel backgroundnye..hehee  gambar no 7 & 8 plak, CMJ edit kat PICNIC, kat ctu leh adjust kaler die, leh tambah sticker ke...tambah huruf2 ke ayat2 ke.... pernah gak CMJ edit gambar dekat power point.... masa tu nk wat kad raya...heheheee okeyla rasanye cukup sampai sini cter CMJ..lenkali kiter citer2 lagi yer..dadaaaaa..muahahaa

~ TERIMA KASIH ALLAH.... ~



Monday, 9 May 2011

:: KuRsUs SeTiaUsaHa ::

http://www.smileycodes.info hola everybody... CMJ baru jerk pulang dari Kursus Setiausaha : NLP Golden Tongue kat Seri Menanti , Kuala Pilah , Negeri Sembilan yang diadakan dari 6 - 8 Mei 2011. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Azhar bin Sharif dan juga untuk tazkirah disampaikan oleh Ustaz Yusuf... CMJ nak cter serba sedikit pengalaman berkursus tu....

Kami bertolak dari UTeM ke Seri menanti pada hari jumaat jam 3.30 petang. Sepanjang perjalanan beselar, mestila memasing menidurkan diri, sambil2 tgok cerita "Ngangkung" yang ditayangkan di dalam bas tersebut. orang kata tempat yang kami nak pergi tu, keras sedikit ...tpi xperla kiter pkir positif aje...  pemandangan nak ke tempat yang dituju, sangat2 la mendamaikan, dengan bukit bukau yang menghijau... memang cantikla...nak ke sri menanti ni, kenala pulak nek bukit..sebab kawasan tersebut kawasan berbukit... masa nak nek tu, sgt2 berat gaknyer bas kami tu..smpi terpksa tuko giar... berderau gak darah CMJ masa bas terundur..mklumla kat kawasan berbukit..tawakal ajerkla dlm hati..bila da melepasi kawasan tu, barula teng cket rasa..huhuhu

kami sampai lebih kurang jam 5.30 petang.. ketibaan kami disambut mesra oleh mereka di Seri Menanti Resort..siap2 tabur2 bunga rampai lagi... rasa cam VIP pon ade..cam pengantin pon ade..hehee beg kami pon dorang yang tolong angkat kan smpi ke bilik..memang best la layanan dorang..sume lelaki...pompuan sorang je yang CMJ nampak... time makan pon, dorang sediakan yang fresh lagi dari kuali..heheh mknan sume mmg best2... konsep ala2 kampung..mmg seronokla..lebih rasa cam pergi bercuti dari kursus lak aih..hehehe

~ Ni Resort tempat kami menginap...tapi ni gambo kaunter  die jek..hehehe ~

~ Ni adalah Muzium Istana yang terletak bersebelahan dgn Resort kami menginap ~

Tempat Penginapan kami bersbelahan dengan Muzium Istana iaitu Instana Lama Seri Menanti yang telah dibina pada tahun 1902 (klu tak silap CMJ ler).. pada hari ke2 , sempat jugakla kami pergi berjalan2 melawat muzium tersebut... rasa teruja gtu... kami tak dpt nak ambil gmbo bhgian dlm istana...hanya dapat bergambar di kawasan luar sahaja...

~ Bergambar di kawasan luar istana ~
pada malamnya, kami berpeluang untuk " Makan Beradat" di dalam istana tersebut.... tapi kami makan di bahagian belakang istana ataupun kawasan dapur istana... Makan beradat ni adalah makan bersila mcam org dulu2... memg stail kampung la seng cter.... bukan senang nak dpt peluang mcm tu kan...hehee makan pon lauk2 kampung n masakan orang nogori...

~ Menu untuk makan beradat kami... telus asin, telur & ulam2an, daging salai msak lemak cili api, ikan keli berlada, kerabu betik & sambal belacan ~

~ makan beradat....nakan duduk bersimpuh di atas lantai ~
Selepas sesi makan beradat, disambung plak dengan tazkirah ustaz yusuf mengenai Rasulullah S.A.W... kalau kiter betul2 menghayati kisah Baginda, pasti akan menitis air mata kita.... Terima kasih padamu ya Allah kerana menjadikan kami umat Baginda... Betapa besarnya pengorbanan Baginda pada kita semuanya, umat manusia akhir zaman....

Tamat tazkirah, aktiviti disambung semula dengan sambutan hari Setiausaha..walaupon da lepas, tapi kami mengambil kesempatan pada hari tersebut untuk menyambutnya.. kami mengenakan tema Hitam dan putih... pada mlm tersebut, kami memotong kek sempena 10 tahun usia SATU (Persatuan Setiausaha UTeM) , Pengerusi SATU telah membacakan doa tanda kesyukuran kami ke hadrat ILAHI dan aktiviti tukar2 hadiah sesama kami... 

~ Bergambar kenangan dgn semua p.a ..tema hitam putih ~

~ Kek untuk Setiausaha UTeM ~

~ Bergambar sejenak sementara tgu turn bertukar hadiah ~
Ilmu yang kami dapat dalam kursus ini adalah bagaimana cara nak mendekatkan diri dengan orang lain exspecially bos dgn kaedah NLP... sama ada mirroring ke, matching ke & cmne nak leading seseorang tu... dan jgn luper selalu amalkan DA l DA ..Dialah Yang Awal, Dialah Yang Akhir... apa yang CMJ kongsikan disini lebih kepada karenah kami ketika berkursus..huhuhu harap maklum ye..wink3

~ Beskot Koala Bear yang somel dgn pelbagai gaya, yang ada cekelat dalamnya.... dan tentunya saya menjadi model beskot tersebut..hahaa~

~ gambo kat depan bilik CMJ n kat koridor depan bilik kami.... sebelum kami pulang semula ke Melaka ~
apa yang kami dapt semasa kursus, InsyaAllah akan kami praktikkan dalam kehidupan seharian kami.. Alhamdulilah, kami selamat sampai di UTeM pada jam 4.00 petang pada hari ahad...

Rasanya cukup sampi sini jerk CMJ dpt sharekan....apa yang penting jgn lupe utuk ucapkan 
TERIMA KASIH ALLAH....=)






:: Saya SaYanG Mak Saya ::

http://www.smileycodes.info SELAMAT HARI IBU......



.... Dua...... Sayang Berpanjangan
     Membawa Ke Syurga, Kasihnya Ibu........

.... Ibu Kuingat Dahulu
     Menyisir Rambut Ku Kemas Selalu.......


Terima Kasih Mak... kerana .....
~  telah melahirkan saya di muka bumi ini
~  menjaga dan mendidik saya sehingga dewasa, sehingga menjadi orang yang berguna
~ telah memberikan kasih sayang yang tiada tolok bandingannya
~ menjaga makan dan minum saya, pakai dan minum saya... segala air susu yang mak berikan
~ sentiasa mendoakan kejayaan saya....

~ Ampunila segala dosa2 saya dan halalkan segala yang mak telah berikan kpd saya ~



YA ALLAH.....
Aku memohon dan meminta kepadamu.....
Ampunila dosa-dosa ibuku......
Kasihanilah dia sepertimana dia mengasihaniku sejak aku kecil lagi.....
Lindungilah ibuku dari segala kejahatan dimuka bumi ini.....
Berilah kesejahteraan & rahmatilah hidupnya.....
Berilah kesihatan tubuh badan yang baik kepadanya......
Berilah dia kebahagiaan di dunia ini & di akhirat kelak.....  

~Terima kasih YA ALLAH kerana telah mengurniakan sebaik2 ibu kepada diriku ~