Thursday, 22 March 2012

~ AGM LISTAC ~

http://www.smileycodes.info Fuh~~~ Alhamdulilah, hari ni dah boleh bernafas dengan lega...hehehe dari hari isnin sampai rabu (semalam) CMJ dan rakan2 AJK bertungkus lumus untuk persiapan AGM LISTAC pada 21 Mac 2012 (Rabu) yang berlangsung jam 2.00 - 5.00 petang.. seharian semalam CMJ selaku SU dan timbalan SU dibantu oleh Biro Tugas-tugas Khas  berkejar-kejar menyiapkan ape yang tak siap. Tempah McD untuk jamuan makan ahli kelab, beli buah-buahan untuk cenderahati penasihat kelab, cenderahati untuk salah sorang AJK LISTAC yang akan berhenti , siapkan montaj dan macam-macam lagi. CMJ nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK lain yang sama-sama bertungkus lumus bagi menjayakan AGM pada kali ini. Anda semua jangan risau, setahun aje lagi kite pegang tampuk pemerintahan ni..hehehehe lepas ni dah boleh hidup dengan tenang...hohoho

~ video kenangan Arwah Mohd. Effendi, salah seorang ahli kelab~



~ Aktiviti kelab pada tahun 2011~


~ Video kenang-kenangan untuk Cik Norlian ~


~ Goodies untuk Pendaftaran : disediakan oleh  CMJ ~

~ cenderahati untuk penasihat kelab : gubahan oleh suzana, dibantu CMJ ~

~ cenderahati untuk Cik Norlian dari AJK LISTAC ~

~ sekian sahaja dari CMJ..selamat menikmati ~

Friday, 16 March 2012

☺ MuTiaRa KaTa ☺

♥ lambat atau cepat nasihat itu sampai kepada kita, ianya tetap berguna untuk kehidupan kita.
♥ mereka yang sudi menasihati kita bermakna mereka sayang dan ikhlas dengan kita.
♥ jangan anggap sesuatu nasihat yang baik itu teguran untuk menjatuhkan kita tetapi ianya adalah teguran untuk kita berubah kepada sesuatu yang lebih baik.

~ tegur dan nasihatilah saya andai kata saya khilaf dan terleka tanpa saya sedar, jangan biarkan saya rasa saya cukup baik sedangkan pada pandangan kalian, saya tidaklah sebaik mana... ~

Wednesday, 14 March 2012

:: PerMaiNan WakTu KeCiLku ::

http://www.smileycodes.info Hola semua... hari ni CMJ nak share beberapa permainan sewaktu CMJ kecik-kecik dulu iaitu permainan tradisional masyarakat melayu.. Antaranya ialah :


1)   CONGKAK

☺ congkak dimainkan oleh 2 orang
☺ ada 16 lubang congkak kesemuanya. 2 lubang besar, 14 lubang kecil.
☺ lubang-lubang kecil akan diisi dengan 7 biji guli setiap satunya, manakal lubang besar pula adalah "rumah"  
     bagi setiap pemain. pemain kena mengisi dan mengumpulkan guli di "rumah" masing-masing
☺ di akhir permainan, siapa yang gulinya lebih banyak adalah pemenang.


2)  BATU SEREMBAN

☺ Permainan yang menggunakan 5 biji batu kebiasaannya.
☺ boleh dimainkan oleh beberapa ramai yang suka. main ikut giliran masing-masing.
☺ main ikut game, iaitu dari game "batu 1" hingga "batu 12".
☺ siapa yang habis dulu, dialah pemenang.
☺ siapa yang mati ketika berada dalam salah satu game, akan menyambung semula game tersebut  mengikut 
     pusingan giliran.

3)  CEPER

☺ ada orang panggil permainan tutup botol, tapi CMJ panggil ceper jer
☺ memerlukan 5 penutup botol
☺ main lebih kurang macam batu seremaban. kena timbang dulu nak tentukan siapa jalan dulu
☺ lepas tu lempar, pihak lawan akan alihkan satu tutup botol. kemudian dia akan tunjuk mana pasangan yang  
     ingin kita jentik sehingga kena
☺ kalau dua pasang tutup botol tu berjaya dijentik, menangla kalau tak kalah.
☺ yang pastinye, tangan takleh kena tutup botol tu, tutup botol takleh goyang, tutup botol takleh dialihkan 
     dari tempat asal selepas dilempar.

4)  BELON ACAH

☺ orang-orang panggil GALAH PANJANG, CMJ dengan kengkawan kat kampung panggil BELON 
     ACAH sebab permainan ni memang kena mengacah2 pihak lawan.
☺ pemain mengikut berapa besar , berapa kotak yang dibuat. besar kotak , ramai la pemain
☺ pemain kena menjaga bahagian depan, tengah dan belakang.
☺ kena halang pihak lawan dari masuk ke dalam kotak, kalau mereka berjaya masuk kena halang dari  
     keluar. 
☺ kalau salah seorang pihak lawan berjaya ditangkap, mereka dikira kalah dan yang menjaga dikira menang. 
☺ kalau salah seorang pihak lawan berjaya melepasi masuk dan keluar hingga berjaya, dikira menang.

5)  TENG TENG

☺ ada berjenis teng teng ni. ada yang macam dalam gambar ni, ada yang dipanggil tengteng bangunan sebab 
    die petak jer cam wat bangunan tu... hohoho
☺ boleh main baper ramai yang anda suka, ikut giliran
☺ sebelum main kena baling "gundu" iaitu macam penanda yang itu kita punya lah...
☺ ada teng teng yang mainnya kena pijak gundu dan ambil, tapi takleh terpijak orang lain punya. ada yang 
     dah jalan sampai habis, baru ambil gundu tu.
☺ ada yang main rumah terbakar lah apelah, kalau main rumah terbakar, rumah yang terbakar tu takleh 
    dipijak..
☺ lupa nak bagitahu tengteng ni kena guna sebelah kaki jerk, kalau dah last kena baling untuk dapatkan 
     rumah . kalau kita dah dapat rumah, kita boleh pijak guna dua kaki
☺ boleh juga main rumah terbakar, kalau time baling gundu tu termasuk kat rumah orang lain, terbakarlah 
     rumah tu. 
☺ banyak sangat patern nak main tengteng ni, ikut kefahaman dan suka hati korang la ye.. hohoh

:: lain-lain permainan seperti gasing, guli, lubang tikus, getah (zero point) dan macam-macam lagilah... ::


Tuesday, 13 March 2012

♥ AnDa TeLaH BerSeDia UnTuK BerCouPLe JiKa......


ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA....

1)  Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara. 

2)  Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqaddimah' zina.

3)  Sudah lepas ilmu fardhu Ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

4) Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,  berpuasa di Bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam erti kata yang sebenar.

:: adakah ciri-ciri ini ada dalam diri kita??? renung-renungkan dan selamat beramal... (^__^) ::


p/s : dipetik dari buku TENTANG CINTA (PAHROL MOHD JUOI)

Monday, 5 March 2012

~ My FeVreT KoreAn AcTOr (2) ~

http://www.smileycodes.info Hari ni nak share pasal JANG GEUN SUK yang somel amat... (^__^)


                        Nama Lengkap: 장근석 / Jang Geun Suk


                    Pekerjaan: Aktor, Penyanyi, Model

                    Tarikh Lahir: 4 Ogos 1987
                    Tinggi: 182cm
                    Berat: 63 kg
                    Zodiak: Leo
                    Jenis Darah: A
                    Pendidikan: Bangsan High
                    Hobi: Mendengar Muzik, Memasak, Menembak



Drama yang pernah dibintangi :
Love Rain (KBS2, 2012)
Mary Stayed Out All Night (KBS2, 2010)
You’re Beautiful (SBS, 2009)
Beethoven Virus (MBC, 2008)
Hong Gil Dong (KBS2, 2008)
Hwang Jin Yi (KBS2, 2006)
Alien Sam (2006)
Lovers in Prague (SBS, 2005)
Nonstop 4 (MBC, 2003)
Daemang (SBS, 2002)
Orange (SBS, 2002)


Filem yang Pernah Dibintangi  :
You Pet (2010)
Itaewon Murder Case / Itaewon Salinsageon (2009)
Members of the Funeral (2008)
Baby and Me (2008)
Do Re Mi Fa So La Ti Do (2008)
Going Crazy Waiting (2007)
Happy Life (2007)
One Missed Call Final (2006)


Penghargaan yang pernah diterima  :
2010 KBS Drama Awards: Netizens’ Award (Mary Stayed Out All Night)
2010 KBS Drama Awards: Best Couple Award with Moon Geun Young (Mary Stayed Out All Night)
2010 Yahoo! Asia Buzz Awards: Top Buzz Male Korea Star Award & the Top Buzz Male Asia Star Award
2010 Baeksang Awards : Male Popularity Award (Itaewon Murder Case)
2009 SBS Drama Awards: Teens’ Star Award (Actor) – You’re Beautiful
2009 SBS Drama Awards: Netizens’ Popularity Award – You’re Beautiful
2008 MBC Drama Awards: New Actor Award – Beethoven Virus
2008 KBS Drama Awards: Popularity Award (Actor)- Hong Gil Dong
2008 SBS 44th Annual Baeksang Arts Awards – Best New Actor (Movie- The Happy Life)
2006 KBS Performance Awards: Best Couple Award (With co-star Ha Ji Won)
MNet TOP 100 Charming Guys Who are Single
MNet Top 100 Adorable Males (2006): # 29
MNet Top 100 Must Have Males (2007): # 3
2007 KBS Drama Awards: Sung Yuri & Jang Geun Suk best couple actress
2008 KBS Drama Award: Hong Gil Dong – Jang Geun Suk & Sung Yuri best couple actress





p/s : tak salah minat, asalkan berpada-pada..wink3 (^__^)

Friday, 2 March 2012

♥ CaRa MemBaHaGiaKan Ibu BaPa ♥

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.



 


1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
 


2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
 


3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).
 


4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.


5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.


6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.


7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.


9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.


10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.


Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

~ saya sayang mak abah saya ~