Maksudnya :"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"
Maksudnya :"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan""Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku"
Assalamualaikum... ape khabar semua? lama dah CMJ tak update blog kan..? hehehe malas ler, takde idea, takde mood..kih3 okey2, ini hari CMJ nak citer pasal 3S.. aper tu 3S? 3S ialah Salwa, Shima , Shida.. yeah.. itu adalah nama CMJ dan bestfriend CMJ di kampung... lama dah kami kawan.. dari sekolah rendah sampai sekarang...hehehe 3S pon boleh dimaksudkan sebagai Sahabat Sejati Selamanya... Sekarang salah sorang dari kami dah berumahtangga iaitu Shida.. Lain nama sentifik kami ialah Cawa, Cyma, Cinot (3C) hehehe... Malas nak citer banyak sangat.. Jom tengok ape yang ada...
♥ CMJ harap persahabatan yang terjalin antara kami bertiga akan berkekalan hingga ke syurga... walaupun ade org kata ayat2 ucapan CMJ cam skema, ada aku kesah.. bagi CMJ itu adalah satu doa yang CMJ panjatkan pada ALLAH... (^__^) Gambo kami masa kekecik takdelah, sama ade tak pernah amik gambo bertiga ataupun gambo tu dah lunyai...hehehe lepas ni entah bila baru dapat amik gambo bertiga lagi... kami dua masih bujangan , yang sorang dah kawen... kenalah minta izin suami kalu nak beraktiviti sama kami...hehehee TERIMA KASIH ALLAH sebab mengurniakan 2 orang sahabat ini kepada CMJ.... ♥
Sebuah cerita yang mengusik jiwa... Cerita yang mampu menitiskan air mata & memberi keinsafan kepada kita.
Delisa (Chantiq Schagerl) seorang kanak-kanak yang periang, tinggal di Lhok Nga sebuah desa kecil di pantai Aceh, mempunyai hidup yang indah. Sebagai anak bongsu dalam keluarga Abi Usman (Reza Rahadian). Bapanya bertugas di sebuah kapal perusahaan minyak Antarabangsa. Delisa sangat rapat dengan ibunya yang dipanggil Ummi (Nirina Zubir), serta tiga orang kakaknya iaitu Fatimah (Ghina Salsabila),dan si kembar Aisyah (Reska Tania Apriadi) dan Zahra (Riska Tania Apriadi).
26 Desember 2004, Delisa bersama Ummi sedang bersiap menuju ujian pratik solat dan tiba-tiba terjadi satu gempa. Gempa yang cukup kuat sehingga membuatkan ibu dan kakak-kakaknya serta Delisa ketakutan. Ketika Delisa sedang melaksanakan ujian praktik solat, tiba-tiba tsunami datang, ombak besar telah menggulung desa kecil mereka, menggulung sekolah mereka, dan menggulung tubuh kecil Delisa serta ratusan ribu lainnya di Aceh serta pelbagai lagi kawasan lain di pantai di Asia Tenggara.
Delisa telah diselamatkan oleh tentera yang bernama Smith, setelah berhari-hari pengsan di kaki bukit. Akibat dari kecederaan yang terukl telah membuatkan kaki kanan Delisa terpaksa dipotong. Smith hampir mengambil Delisa sebagai anak angkatnya kerana dia sebatang kara, tetapi Abi Usman berjaya menemukan semula Delisa. Delisa gembira dapat bertemu lagi dengan ayahnya, walaupun sedih mendengar khabar bahawa ketiga kakaknya telah pergi meninggalkannya, dan Umminya juga masihbelum tahu ada di mana.
Delisa bangkit, dalam kesedihan akibat kehilangan, dalam rasa putus asa yang mendera jiwa Abi Usman dan juga orang-orang Aceh lainnya, Delisa umpama malaikat kecil yang membawa kegembiraan dengan kehadirannya. Walaupun terasa berat, Delisa telah belajar bagaimana kesedihan boleh menjadi kekuatan untuk terus bertahan. Walau air mata terus mengalir, tapi Delisa cuba untuk memahami apa itu ikhlas, melakukan sesuatu tanpa mengharap balasan.
pengajaran yang CMJ dapat dari cerita ini :
♥ sentiasa positif dan tidak mudah berputus asa
♥ Solatlah dengan Khusyuk
♥ Ikhlas dalam apa jua tanpa mengharapkan sesuatu
♥ Jangan menyalahkan takdir
♥ Kuasa ALLAH tiada siapa dapat tandingi
♥ Redha dengan ketentuan ALLAH
♥ Bekerjasama & saling tolong menolong
♥ Cintailah & sayangilah seseorang itu kerana ALLAH
♥ masa kecik-kecik dulu, korang pernah terpikir tak ape yang korang akan jadi bile dewasa karang..??
♥ CMJ tak pernah terpikir langsung nak jd SU ni....
♥ cita-cita CMJ masa kecik sampai sekolah hanya lah nak jadi CIKGU... tapi bile dah masuk sekolah teknik.. dah up sikit nak jadi PENSYARAH & PAKAR PEMAKANAN sebab ikut bidang yang diambil dulu kat sekolah....
♥ tapi masa kecik-kecik CMJ selalu berangan nak kerja kat opis, main pondok-pondok pun kerja ala-ala kat opis jadi setiausaha, jaga bos..hehehe walaupun itu bukan cita-cita CMJ..
♥ masa dapat sambung belajo kos SU, hampir jugak tak mau pergi.. sebab tu bukanlah kos yang CMJ nak sangat... masa dok senaraikan kos dulu, memain jerk bubuh kos SU.. hah lepas tu, hamik kau..!! dapat bebetul..hehehe
♥ dah memang tersurat & takdir ALLAH agaknya, CMJ sambung belajar dalam kos tu... kalau dah sambung dalam bidang SU, kompem-kompemlah kan akan jadi SU, InsyaAllah...
♥ dan sekarang Alhamdulilah... dah 3 tahun lebih CMJ bekerja sebagai SETIAUSAHA...
saya sorang y simple, peramah, ceria dll.. saya sangat saygkan emak, abah & semua orang di sekeliling saya.. hanya mereka y mngenali saya dgn dalam y dpt menilai diri saya sebenarnya...
~PanDangLah Dgn Mata Hati, Agar Dikau Lebih MenGerTi~