Tuesday, 27 December 2011

~ Selamat Hari Persahabatan Sedunia ~

http://www.smileycodes.info  SEMOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL SELAMA2NYA..... 
 
 
cid:C13A578E90514A6FA22F99FA5E5E2535@aae3161fcec1d5
Happy Friendship day to all....

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik
 tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik
 tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik
 tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik
 adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.

Kawan yang baik
 adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik
 menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik
 tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik
 tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik
 .
Kawan yang baik
 tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik
 , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik
 akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik
 nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang
baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik
 akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada
kawan baik
 nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!
 

cid:325E19F3B7A84B7DBBDC576DE6C2A1FA@aae3161fcec1d5

Tegurlah aku jika aku mulai sombong
Tegurlah aku jika aku mulai angkuh
Tegurlah aku jika aku mulai salah 
Kerana aku masih perlu sahabat seperti kamu..
Hari ini esok dan selamanya


“ 
Selamat Hari Persahabatan Sedunia”

cid:CA392DB11A8D4B72940D4940926A0F12@aae3161fcec1d5

 

Tuesday, 20 December 2011

~ TiPs BerGuNa ~




1) NOMBOR KECEMASAN 


Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) sesetengah telefon. 


2) KERETA TERKUNCI 

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya. 


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda . 

4) TELEFON KENA CURI 

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya .

Friday, 16 December 2011

~ CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI ~

* SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
* AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

* TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
* GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
* TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

* OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA


Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
* TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. 

“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

* PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Monday, 12 December 2011

♥SeTiaP P'JaLaNan B'MuLa DgN 1 LaNgKaH ♥

http://www.smileycodes.info Hola everybody... hehehe  upss!! Assalamualaikum. semua rakan2 sekalian...(^__^) baca tajuk entry macam gah gitu kan (gah ke?hahaha)...tak adalah gah sangat... juz nak share aktiviti berjalan, posing sana sini, panjat tangga, panjat batu, belayar la and what so eva la kan.... thanks kat kengkawan CMJ (mawi, aja, nad n apit) sebab menjengah CMJ semalam dan menemani hari CMJ di Melaka sampai tak terkata dah , lenguh-lenguh kaki...hehee jom layan gmbar kami yang ada-ada aja ni..hohohooh








~ Terima kasih YA ALLAH sebab sudah kurniakan kawan-kawan yang baik seperti mereka ini... (^_^) sayang kamu orang semua..... ~

Tuesday, 6 December 2011

:: Amalan-amalan Sunat ::

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan selasa, 6 Disember 2011)
 

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat 
- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat 
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 

3. Menahan marah
fadhilat
 - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha. 

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat
 - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat
 - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 

6. Bersedekah
fadhilat
 - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat
 - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 

8. Mandi Sunat
fadhilat
 - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu 
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala' 

9. Bercelak
fadhilat
 - tidak akan sakit mata pada tahun itu. 

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat
 - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti. 

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat
 - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' 
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 

12. Membaca 
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru' 
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini . 

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat
 - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 

14. Puasa 
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala' 
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

:: KeLeBiHan 10 MUHARAM ::

Antara kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain :
  • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
  • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
  • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  • Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
  • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
  • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
  • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
  • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
  • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
  • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram


Thursday, 1 December 2011

:: TERIMA KASIH ::


 ♥ terima kasih ALLAH
 ♥ terima kasih EMAK, ABAH
 ♥ terima kasih AKAK,ABANG,ADIK
 ♥ terima kasih SAHABAT
 ♥ terima kasih SAYANG
 ♥ terima kasih  CIKGU
 ♥ terima kasih SEMUA

:: ada apa dengan TERIMA KASIH. satu ungkapan yang ringkas tapi amat bermakna.. menunjukkan rasa kesyukuran dan penghargaan pada seseorang... jangan lokek atau sombong untuk mengucapkan terima kasih.. walaupun sekadar ungkapan yang pendek dan ringkas tapi ia memberi sejuta makna pada yang menerima.. budi bahasa budaya kita...(^________^)