Tuesday, 7 February 2012

:: HAFALAN SHALAT DELISA ::

Sebuah cerita yang mengusik jiwa... Cerita yang mampu menitiskan air mata & memberi keinsafan kepada kita.


Delisa (Chantiq Schagerl) seorang kanak-kanak yang periang, tinggal di Lhok Nga sebuah desa kecil di pantai Aceh, mempunyai hidup yang indah. Sebagai anak bongsu dalam keluarga Abi Usman (Reza Rahadian). Bapanya bertugas di sebuah kapal perusahaan minyak Antarabangsa. Delisa sangat rapat dengan ibunya yang dipanggil Ummi (Nirina Zubir), serta tiga orang kakaknya iaitu Fatimah (Ghina Salsabila),dan si kembar Aisyah (Reska Tania Apriadi) dan Zahra (Riska Tania Apriadi).
26 Desember 2004, Delisa bersama Ummi sedang bersiap menuju ujian pratik solat dan tiba-tiba terjadi satu gempa. Gempa yang cukup kuat sehingga membuatkan ibu dan kakak-kakaknya serta Delisa ketakutan. Ketika Delisa sedang melaksanakan ujian praktik solat, tiba-tiba tsunami datang, ombak besar telah menggulung desa kecil mereka, menggulung sekolah mereka, dan menggulung tubuh kecil Delisa serta ratusan ribu lainnya di Aceh serta pelbagai lagi kawasan lain di pantai di Asia Tenggara.
Delisa telah diselamatkan oleh tentera yang bernama Smith, setelah berhari-hari pengsan di kaki bukit. Akibat dari kecederaan yang terukl telah membuatkan kaki kanan Delisa terpaksa dipotong. Smith hampir mengambil Delisa sebagai anak angkatnya kerana dia sebatang kara, tetapi Abi Usman berjaya menemukan semula Delisa. Delisa gembira dapat bertemu lagi dengan ayahnya, walaupun sedih mendengar khabar  bahawa ketiga kakaknya telah pergi meninggalkannya, dan Umminya juga masihbelum tahu  ada di mana.
Delisa bangkit, dalam kesedihan akibat kehilangan, dalam rasa putus asa yang mendera jiwa Abi Usman dan juga orang-orang Aceh lainnya, Delisa umpama malaikat kecil yang membawa kegembiraan dengan kehadirannya. Walaupun terasa berat, Delisa telah belajar bagaimana kesedihan boleh menjadi kekuatan untuk terus bertahan. Walau air mata terus mengalir, tapi Delisa cuba untuk memahami apa itu ikhlas, melakukan sesuatu tanpa mengharap balasan.

pengajaran yang CMJ dapat  dari cerita ini :
♥ sentiasa positif dan tidak mudah berputus asa
♥ Solatlah dengan Khusyuk 
♥ Ikhlas dalam apa jua tanpa mengharapkan sesuatu
♥ Jangan menyalahkan takdir
♥ Kuasa ALLAH tiada siapa dapat tandingi
♥ Redha dengan ketentuan ALLAH
♥ Bekerjasama & saling tolong menolong
♥ Cintailah & sayangilah seseorang itu kerana ALLAH




1 comments:

wanabe-me said...

dah tgk dah.. mmg sgt2 touching & meninsafkan.. thanks utk info..