Friday, 10 June 2011

~ Kelebihan Bulan Rejab



Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”
Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”
Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”

Wednesday, 8 June 2011

~ My FeVreT KoreAn AcTOr (1) ~

http://www.smileycodes.info Ye hari ni, CMJ nak cter pasal fevret artis korea CMJ... JAE HAE, ni baru sorang..ade yang lainnya lagi..sebelum tu, mari kiter kenalan ngan Jae Hae dulu..wink3


Nama: 재희 / Jae Hee (Jae Hui)
Nama Asal : 이현균 / Lee Hyun Kyoon (Lee Hyeon Gyun)
Profession : Pelakon
Tarikh Lahir : 25 Mei 1980
Tinggi : 178cm
Berat: 63kg
Jenis Darah: O
Pendidikan : Dankuk University
Hobi: Watching cartoons, Playing Star Craft
Kemunculan sulung : Kam Woosung’s younger self in MBC’s ‘Mountain’ (1996)





Jae-Hee, yang juga dikenal dengan nama Lee Hyun Kyun, adalah aktor Korea Selatan . Kemunculan sulungnya adalah   dalam drama seri Korea ‘School’.  Kemudian mendapat peranan utama untuk pertama kalinya dalam filem arahan Kim ki-Duk ’3 Iron’. Filem ini telah memenangi beberapa anugerah tempatan dan antarabangsal, termasuk anugerah untuk Jae-Hee sebagai Korea’s Blue Dragon Best New Actor pada tahun 2004 yang kesannya telah  membuka lebih banyak kesempatan bagi Jae-Hee di dunia hiburan.

Pada tahun 2005, bintangnya semakin bersinar ketika Jae-Hee menjadi aktor utama yang disukai dunia antarabangsa iaitu ‘Delightful Girl Chun Hyang (juga dikenali sebagai ‘Sassy Girl Chun-Hyang‘)’ di mana dia berperanan sebagai Mong-Ryong. Kemampuan lakonannya dalam drama ini diakui dan membuatnya memenangi satu lagi Best Actor Award. Kerana penampilannya yang hebat itu , dia telah diberi kepercayaan untuk menjadi watak utama dalam drama komedi-romantis yang telah ditayangkan pada tahun 2007 berjudul ‘Witch Amusement’ atau Witch Yoo Hee’ di mana dia berperanan sebagai seorang 'housekeeping'.
Filem lainnya adalah ‘The Art of Fighting’ pada tahun 2005 dan ‘The Single Sitting on Both Sides of the Fence’ pada tahun 2007.
Dia diminati oleh peminatnya bukan kerana lakonannya yang hebat, tetapi juga kerana sikapnya yang mempersona  dan perhatiannya kepada peminatnya . Dia juga seorang  yang berterus terang, tidak pernah ragu untuk mengungkapkan rasa suka pada seseorang.
Jae-Hee tak hanya memiliki selera fashion yang baik, tapi juga memiliki fashion line-nya sendiri untuk casual wear.



 walaupon beliau kurang hensem dari lee dong wok & hyun bin, tapi kadang-kadang beliau tetap nmpak hensem.... dan yang pastinya beliau sentiasa comel & sweet di mata CMJ...hohoho Jae Hae memang boleh wat CMJ gler sekejap la klu tgok lakonannye tu... apae2 pon Jae Hae memang somel...wink3


Friday, 3 June 2011

" WaNiTa AngGun BerMaRuaH "

http://www.smileycodes.info Assalamualaikum & salam pagi jumaat semuanya...

"WANITA ANGGUN BERMARUAH"

Apakah yang dimaksudkan dengan wanita anggun bermaruah?? adakah ianya bererti wanita itu kena anggun dan menjaga maruah dirinya.??

Wanita anggun bermaruah boleh dinobatkan kepada wanita yang pandai menjaga maruah dirinya tak kira dalam apa jua keadaan sama  ada maruah diri, cara berpakaian dan seangkatan dengannya.. jika wanita itu dapat menjaga maruah diri dengan sebaiknya, barulah dia dapat digelar wanita anggun. wanita anggun biasanya wanita yang pandai bergaya, pandai menjaga penampilan diri dan seumpamanya... tetapi bagi CMJ wanita anggun bermaruah adalah wanita yang pandai menjaga penampilan dirinya seadanya dan pandai menjaga maruah diri dengan sebaiknya....


sebenarnya, ini merupakan tajuk ceramah motivasi yang CMJ telah hadiri pada 2 Jun 2011... apa yang dapat dikongsikan dalam ceramah ini adalah bagaimana kita nak menjadi "wanita anggun bermaruah", gangguan seksual , contoh2 gangguan seksual dan cara2 menangani gangguan seksual.

tapi apa yang penting untuk menjadi "WANITA ANGGUN BERMARUAH" kita kena pandai jaga maruah diri kita dulu..iaitu menjaga aurat kita, bagi yang belum berkahwin, jgn sewenang-wenangnya menyerahkan mahkota kita kepada yang bukan hak.. Jika kita pandai menjaga maruah diri kita, barulah kita boleh digelarkan anggun.. Wanita Anggun Bermaruh... =)



Selamat Beramal dan Renung2kan..... ~ TERIMA KASIH ALLAH~