Thursday, 17 November 2011

:: Salam Perpisahan Cik Bos ::


♥ Hari ni hari last bos CMJ, Cik Siti Noor Kiah bertugas
♥ CMJ nak ucapkan terima kasih kepada beliau, sepanjang 3 tahun 4 bulan berada di bawah beliau, banyak tunjuk ajar dan teguran berguna telah CMJ terima dari beliau
♥ Beliau merupakan bos pertama CMJ sejak CMJ memulakan tugas di UTeM
♥ Beliau juga merupakan seorang bos yang prihatin, pemurah dan baik hati
♥ Banyak jasa beliau pada CMJ dan semua warga Perpustakaan UTeM
♥ Semoga beliau akan terus berjaya di masa akan datang dan sentiasa berada dalam keredhaan ILAHI
♥ Akhir kata, kamu sentiasa dalam ingatan kami dan kenanglah kami di dalam doamu
♥ kredit utk Abg Herol sebab editkan gambo ni cecantik..(>_<)


Thursday, 10 November 2011

♥ ApaBiLa iBu BoLeH MeMiLiH ♥

http://www.smileycodes.info  Apabila Ibu Boleh Memilih



Anakku…

Apabila ibu boleh memilih “Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?”, Maka ibu akan memilih mengandungmu..

Kerana dalam mengandungkan mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah,

Sembilan bulan nak…Engkau hidup di perut ibu, Engkau ikut kemana-mana pun ibu pergi, Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,

Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak selesa, kerana ibu kecewa dan berurai air mata.

Anakku…

Bila ibu boleh memilih ”untuk ibu berjuang melahirkanmu”, Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu..

Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,

Adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu syurga,

Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat ibu rasakan,

Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua, Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,

Yang tak pernah dapat ibu ceritakan kepada sesiapa pun,

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia.


Saat itulah…saat paling membahagiakan

Segala sakit & derita hilang melihat dirimu yang merah,

Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,

Kalimat syahadat kebesaran Allah dan junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu.


Anakku…

Apabila ibu boleh memilih “apakah ibu tidur lena, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu?”,

Maka ibu memilih menyusuimu, Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan – tegukan yang sangat berharga,

Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam pelukan ibu,

Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak dapat rasakan.





Anakku…

Bila ibu boleh memilih “duduk menonton tv atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle”

Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu,

Tetapi anakku…

Hidup memang pilihan…


Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana,

Maka maafkanlah nak…

Maafkan ibu…

Maafkan ibu…

Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,

Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang


Percayalah nak…

Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu

Percayalah nak…

Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pernah Guru Ana berpesan--Sesungguhnya Ibu kamu adalah Keramat hidup(Doanya lebih terangkat/makbul dari wali besar).Gunakanlah kesempatan semasa Dia masih ada dialam Syahadah ini(Dunia) sebelum ia kembali..Juga berpesan carilah peluang sekurang2nya "sekali seumur hidup" berkata padanya --"Ibu,Halalkan segala makan minum saya dari dlm perut(rahimnya) dan mohon kemaafan dari Ibu dari segala kesalahan saya ketika dlm perut(rahimnya) sehingga kini" yg mana ketika tanpa kita sedari dulu kaki kita menendang2nya..
Ins'Allahu Ta'ala nescaya apa2 hajat kamu selepas kamu menyatakan padanya dimakbulkan Allah Subhanahu Ta'ala.klu nak lebih baik, mintalah dia doakan sekali hajat kamu..Wallahu’alam






p/s : dari emel seorang teman


♥ untuk tatapan teman-teman : Kak Long, Syaza & Nad ... 

Wednesday, 2 November 2011

:: Mengubati Penyakit Dengan Berjalan Kaki ::

http://www.smileycodes.info 8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki






























Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.



Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.


2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.


3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.


4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.


5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.


6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.


7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.


8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi