Thursday, 4 April 2013

♥ SaHaBaT YaNg HaRuS DiHaRGai ♥



☺Mari kita semak sahabat-sahabat yang kita ada, adakah ada diantara mereka mempunyai ciri-ciri di atas. Mungkin setiap sahabat kita mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Mungkin juga satu sahabat mempunyai beberapa ciri-ciri di atas.
☺Tak kesahla bagaimanapun, kita tetap harus menghargai sahabat yang kita ada. Jangan pernah mengkhianati persahabatan yang terjalin.
☺ Kalau kita tak mampu nak miliki sahabat yang sebegini, kita sendiri mungkin boleh jadi sahabat seperti itu. Bukan untuk mendapat penghargaasn tapi supaya kehadiran kita memberi makna dan dirasai.

♥ Terima Kasih Allah kerana telah mengurniakan sahabat-sahabat yang baik kepada saya & semoga saya juga mampu menjadi sahabat yang baik buat mereka... (^_^) ♥

Sunday, 24 March 2013

:: PeRanCanGaN ALLAH iTu LeBiH BaiK ::

http://www.smileycodes.info Bila kita merancangkan sesuatu tetapi terlalu banyak halangannya, sama ada kita ingin diuji Allah untuk melihat sejauh mana tahap kesungguhan kita dan kesabaran kita ataupun itu juga bermakna Allah ada perancangan yang jauh lebih baik untuk kita. Mungkin Allah sengaja melewatkan apa yang kita rancang itu ataupun, sebenarnya Allah ingin memberikan kita kejutan dengan sesuatu yang lebih baik. Bersangka baiklah dengan Allah dan yakinlah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

Monday, 19 November 2012

:: Salam Maal Hijrah ::

http://www.smileycodes.info Assalamualaikum semua. Lama sudah CMJ tak update blog ye. CMJ harap, masih tak terlambat untuk CMJ ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah, 1434H.


Semoga segala amal baik kita pada tahun sudah diterima Allah dan segala amal buruk kita mendapat keampunan dariNya. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga lebih banyak kebaikan yang kita lakukan pada tahun ini, dan lebih banyak keburukan yang dapat kita hindarkan dan tinggalkan. Semoga Allah melindungi kita semua.