Monday, 29 August 2011

:: KeTuPaT ::

http://www.smileycodes.info Assalamualaikum... jom cter ketupat... =)



 Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.
Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.
Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi.
Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.
Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan, dan boleh dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan ketupat segera /nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah. Terdapat juga dakwaan bahawa ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan barah.[1]
Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran 


 



Wednesday, 24 August 2011

:: PenGUbat KeseDihaN ::

Suatu hari Rasulullah (saw) masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah r.a duduk di dalam masjid, Nabi (saw) bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat?

Jawab Abu Umamah r.a:  Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah (saw).

Jawab Nabi (saw) : Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu.?

Beliau menjawab: sudah tentu wahai Rasulullah (saw).

Jawab Baginda (saw) :  pada waktu pagi dan petang bacalah:  Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang. 
(Hadith riwayat Abu Daud)


~ TERIMA KASIH YA ALLAH ~


Tuesday, 23 August 2011

~ Papan Iklan Bulan Puasa ~

http://www.smileycodes.info  Ini iklan kek negara seberang sempena bulan puasa..iklan ni ada dua layer, satu utk siang, pinggan mangkuk tuh kosong..(kaedahnya tak nak bagi kita tergoda) layer dua utk malam, penuh makanan lepas dipasang lampu neon..

kreatip kannnn...
Waktu Siang (Yakni Sebelum Buka  Pose)
























Waktu Malam (Pas Buka Pose)





















katanya...'Siang Dipendam Malam Balas Dendam'http://forum.cari.com.my/images/smilies/default/titter.gif http://forum.cari.com.my/images/smilies/default/titter.gif


p.s : dicopy paste terusa dari emel..enjoy ya..=)