Wednesday, 2 November 2011

:: Mengubati Penyakit Dengan Berjalan Kaki ::

http://www.smileycodes.info 8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki






























Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.



Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.


2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.


3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.


4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.


5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.


6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.


7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.


8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi


Tuesday, 18 October 2011

::How Spikes came as STYLE ??? ::

http://www.smileycodes.info

How, Spikes came as STYLE?? 












How Spikes came as STYLE??


v


v


v


v


v


v


v


v






















~ dipetik dari emel seorang teman ~


Thursday, 13 October 2011

♥ KaRiPap-KaRiPap KaSiH SaYaNg ♥

http://www.smileycodes.info assalamualaikum semua.... hari ni CMJ nak citer pasal buat kuih karipap a.k.a EPOK-EPOK..hehe last week, CMJ pergi berjalan-jalan melawat rakan-rakan kat putrajaya... dari pagi sampai malam ada saja aktiviti kami, antaranya ialah membuat karipap. CMJ namakan karipap ni KARIPAP KASIH SAYANG sebab kami membuatnye bersama-sama dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. kat sini CMJ nak share saat-saat kami bersama-sama menyediakan karipap tersebut. inti dan doh dah siap disediakan oleh tuan  rumah.. tinggal proses membikin nye saja..hehee mari kite tengok....(^__^)

1)  Menggentel doh menjadi bulat2 kecil (supaya mudah ditorak)

~ ini adalah abg mee n apit..tukang penggentel doh kami menjadi bulat2 kecil..abg mee juga berperanan sebagai penguli doh...(^_^) ~

2) Menorak doh menjadi leper (untuk diletakkan inti dan dicetak)

~ Beliau ini adalah bebantal air berkekabu..tugas beliau adalah menorak doh ... (^_^) ~

3) Mengisi inti di dalam doh yang sudah ditorak dan mencetaknya menjadi karipap

~ cer teka..cer teka tangan sapa?? haha inilah tangan CMJ... tugas mengisi inti n mencetak doh menjadi sebiji karipap...ngeee!! (^_^) ~

4) Karipap yang telah dihasilkan

~ ada dua spesis karipap yang kami hasilkan..yang kecil dan yang besar..yang kecil hasil cetakan CIK NAD dan yang besar hasil cetakan CMJ ... (^_^) ~

5) Menggoreng karipap

~ Ini namanya menggoreng sambil berposing... tugas menggoreng telah dilakukan oleh kak long kami dan di bantu oleh CMJ, cik nad & cikja...  (^_^) ~

6) Karipap-karipap Kasih Sayang

~ inilah hasil karipap buatan kami yang telah siap digoreng... (^_^) ~

p/s : Gambar PEMANTAU DARI JAUH tak dapat dimuat naik..heheee sekian untuk tatapan semua...ngeee~