Sunday, 24 March 2013

:: PeRanCanGaN ALLAH iTu LeBiH BaiK ::

http://www.smileycodes.info Bila kita merancangkan sesuatu tetapi terlalu banyak halangannya, sama ada kita ingin diuji Allah untuk melihat sejauh mana tahap kesungguhan kita dan kesabaran kita ataupun itu juga bermakna Allah ada perancangan yang jauh lebih baik untuk kita. Mungkin Allah sengaja melewatkan apa yang kita rancang itu ataupun, sebenarnya Allah ingin memberikan kita kejutan dengan sesuatu yang lebih baik. Bersangka baiklah dengan Allah dan yakinlah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

Monday, 19 November 2012

:: Salam Maal Hijrah ::

http://www.smileycodes.info Assalamualaikum semua. Lama sudah CMJ tak update blog ye. CMJ harap, masih tak terlambat untuk CMJ ucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah, 1434H.


Semoga segala amal baik kita pada tahun sudah diterima Allah dan segala amal buruk kita mendapat keampunan dariNya. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga lebih banyak kebaikan yang kita lakukan pada tahun ini, dan lebih banyak keburukan yang dapat kita hindarkan dan tinggalkan. Semoga Allah melindungi kita semua.

Saturday, 29 September 2012

"Rahsia Mencari Pasangan"

http://www.smileycodes.info Assalamualaikum. hari ni CMJ pergi program "Rahsia Mencari Pasangan" anjuran UTeM PEACE yang bertempat di Dewan Besar, UTeM. Ahli panel yang dijemput ialah Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Fahrin Ahmad dan Wardina Saffiyah. CMJ xda gambar dorang pasal tak sempat nak snap.hohoho
Antara yang boleh CMJ kongsikan dari program tersebut adalah :

 Lelaki pilihan wanita :
• kemas dan mengancam
• romantik
• gentleman
• bijak dan matang
• pintar buat keputusan
• tolak ansur
• mampu bimbing wanita
• tidak terlalu ego
• tidak mudah merajuk
• kelakar
• tidak kedekut
• layan semua org baik
• ade sikap yang boleh dibanggakan
• bersih dan wangi
• penyayang
• seimbang

Wanita pilihan lelaki :
• cantik
• berakhlak & beragama
• kaya ( senyuman, budi bahasa)
• keluarga y baik
• bijaksana tp tak menunjuk
• yakin & bahasa badan menarik
• memahami lelaki
• tidak terlalu cerewet
• tidak terlalu cemburu
• Tidak canggih sangat
• tolak ansur
• merangsang kehebatan lelaki
• ada persamaan yang bermakna
• sejuk mata memandang
• seimbang


Antara doa2 harian yang kita boleh amalkan :







~ sekian saja yang dapat dikongsikan... hihii ~