assalamualaikum semua... rasanya da lama tak update blog ni.. maklumlah sibuk sangat akhir-akhir ni. hari ni CMJ nak berkongsi berkenaan SUKUM ke 36 iaitu SUKAN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA. tuan rumah pada kali ini ialah UTeM. cmj merupakan salah seorang petugas yang telah dilantik untuk menjaga jamuan, makan dan minum. SUKUM ke 36 bermula pada 8 - 17 julai 2011. antara acara yang dipertandingkan ialah perlawanan bola sepak, sepak takraw, boling padang, badminton, olahraja, dart dan lain-lain lagi.![]() |
| ~ Bena SUKUM ke 36, UTeM sbg tuan rumah ~ |
![]() |
| ~ Ni pula maskot SUKUM ke 36, pelanduk ~ |
sepanjang lima hari bertugas bermacam-macam cabaran dihadapi. hari pertama bertugas, CMJ ditahan polis yang membuat roadblock berkaitan BERSIH...orang lain sebok dengan perhimpunan BERSIH, kami sebok dengan SUKUM. kebetulan hari kejadian CMJ tak bawa lesen dan ic, yang ada cuma kad staf sahaja...Tapi Alhamdulilah, Alalh beri pertolongan... CMJ tak disaman...huhhuhuu kalau tidak parah juga...huhuhu hari ketiga, kereta CMJ plak kena langgar dengan rakan sepejabat.. nasib dah okey balik selepas dipolish sehingga berkilat...huhuhu Alhamdulilah Allah memudahkan segalanya...
sepanjang SUKUM ni, kami memang kena datang awal, dalam pukul 6.15-6.30 pagi dah kena ada kat tapak operasi. kalau dah kena ada awal, kena bangun awal lah jawabnya. terpaksalah bangun 5.00 - 5.30 pagi untuk bersiap sekali ke tempat kerja... nasib rumah dekat, tak adalah lagi awal kena bangun. mata pon da naik lebam, sebab tak cukup tidur...tapi nak macam mana dah tugas..nak tak nak kena laksanakan juga... Semoga kami semua dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya....semoga semuanya selamat hingga ke akhir nanti.
~TERIMA KASIH ALLAH~





2 comments:
aku nak pindah UTEM ok tak?? ada job kat N27 kan kat sane?? aku tengok kat iklan :) jangan tkejut ar kalau aku bagi permohonan :) heheheh..
ngaper ko nk pindah???? ko da taknak keje ngan spa lgi ke? ish3 ke abg mee kena pindah sini..ce la try.... tapi kontrak tu
Post a Comment