Assalamualaikum semua... pejam celik..pejam celik da masuk 17 Ramadhan hari ni...sekejap saja masa berlalu yer... kat cini CMJ nk cter pengalaman berpuasa CMJ bersama kawan2...jom share...1) Berpuasa Di Sekolah Teknik
~ 1st time CMJ sekolah berasrama..selama ni puasa dengan family.. start tahun tu, puasa ngan kengkawan..masa tu Tahun 2004..CMJ Form 4.. Pagi2 Ustazah merangkap warden akan bunyikan lonceng dalam sekitar jam 4.30 pagi, untuk kejut kami bangun sahur.... kalau ustazah tengok dewan makan lengang, beliau akan pergi ke dorm2 untuk menggegarkan kami bangun sahur... aktiviti bulan puasa siang hari biasalah seperti hari2 yang lain... time buka kami akan buka beramai-ramai kat dewan makan... lepas solat maghrib kat dorm masing-masing, kami akan turun ke surau untuk menunaikan solat isyak berjamaah dan solat tarawikh... oleh kerana sekolah kami sekolah perempuan, jadinya pihak sekolah menjemput ustaz luar untuk menjadi imam kami.. selepas tarawikh, kami akan mengambil sedikit masa untuk bertadarus.. kadangkala pada hujung minggu, kami diberi peluang untuk ke bazar Ramadhan yang berhampiran... Bas akan membawa kami ke sana... ini adalah pengalaman CMJ berpuasa di sekolah berasrama.
2) Berpuasa Di Politeknik
~ Habis saja sekolah teknik tahun 2005, CMJ sambung plak belajar kat Politeknik taun 2006.. 1st time sambut puasa kat negeri orang..time tu CMJ sambut puasa dengan kawan2 rapat CMJ aja, nad & tasha. biasanya time sahur kiteorang makan megi, biskut ataupun minum sereal.. pagi2 selalunye CMJ yang akan bangun dan siapkan semua... pastu baru kejutkan Cik Ja, roomate CMJ...kadang2 Cik Nad pon sahur dengan kami, kalau beliau tertidur dalam bilik kami... time buka biasanya kami akan pergi Bazar dekat taman Poli berhampiran.. bajet sehari untuk beli buka dalam RM5.. beli air, makanan berat & makanan ringan. Biasanya CMJ dan roomate , Cik Ja akan berbuka di bilik kawan kami Cik Nad & Kak Long (Tasha).. lepas buka & solat maghrib dalam bilik, kami akan ke Pusat Islam untuk solat isyak dan tarawikh ( kalau rajinlah..) .. sepanjang belajar itu sahaja sekali pengalaman berbuka CMJ kat poli.
3) Berpuasa Semasa Praktikal
~ Tahun 2007, CMJ start praktikal. jadinya kebanyakan waktu puasa CMJ menjalankan ibadat puasa dengan kakak-kakak serumah CMJ semasa praktikal. selalunya time sahur, kami masak. time buka pon masak juga, sekali sekala saja beli dekat bazar.. pernah sekali ikut akk serumah pergi bazar, orang ingat kami chegu.. maklumlah baru balik kerja.. pakai baju kurung pula tu...
4) Berpuasa Selama Bekerja
~ Tahun 2008 sehinggalah hari ini, CMJ dah mula sambut puasa dengan rakan sekerja + serumah.. pagi2 CMJ akan bangun untuk masak sahur, kalau rajin masaklah nasi, kalau malas makan aje apa yang ada dekat rumah tu. waktu buka, kami jarang masak, selalunya beli dekat bazar atau pun berbuka di kedai makan. tahun ni merupakan tahun ke4 CMJ menyambut puasa bersama rakan serumah. tahun ni juga, buka puasa pon ikut mood.. makan apa yang ada sahaja..
~Sekian, Adiooosss.. TERIMA KASIH ALLAH ~



6 comments:
selamat berpuasa lah ye shima :) weE...teringat kita jalan kaki gi bazar..penat2 tu gi juga..larat lagi..nowadays..kau kalau suruh kak long jalan kaki, hahahaha...tak pat lah ...
selamat kak long...haha ko kena byk jalan..bio senang melahirkan..wink3
ehh gambar tu mcm kenal la plak ? ni kak shimah kolah ker ? btol la kan . fadh kenal gigi . hik hik hik ;)
Ahakz!!! Time poly tuh, aku rajin buka ngan mirul, hahahaha.. cam gay pon ade, tolong mirul tackle mai, ahakz!!
ish budak fadh ni sabo jerkla...hahahaaaa jdinye awk tak ketahuan sapesaya sebelumnya? sadis tol..ish3
gay mawi??? dasat ko
mawi gay? biaselah tu shima....
Post a Comment