Tuesday, 4 October 2011

:: Jika handphone terkena air - apa nak buat? ::

Jika handphone terkena air - apa nak buat?


Jika telefon bimbit anda basah terkena air, berkemungkinan akan mengalami masalah kerosakan. Telefon anda masih boleh diselamatkan dengan langkah-langkah seperti berikut:

1. Buka 'casing' dan keluarkan bateri. Langkah ini harus diambil untuk menyelamatkan komponen-komponen di perangkat tersebut agar tidak rosak terkena air.

2. Lap menggunakan tisu atau kain lembut yang boleh menyerap air. Hati-hati semasa mengelap, jangan terlalu menggoyang atau menggerakkannya.

3. Keluarkan sisa-sisa air menggunakan penyedut hampagas [vacuum cleaner]. Jangan menggunakan pengering rambut kerana ini akan mendorong sisa-sisa air bergerak lebih jauh ke bahagian yang lebih sensitif

4. Timbus handphone anda dengan beras kerana beras dapat menyerap air. Cara yang paling berkesan adalah dengan meletakkannya di dalam bekas yang berisi beras. Beras memiliki sifat untuk menyerap kelembaban. Perlu waktu untuk melakukan cara ini. Lebih baik jika telefon tersebut dikambus dengan beras untuk semalaman.Selamat mencuba.



4 comments:

Aliesha Kirana said...

guna roti xleh ke pinkuk? hehehee

Cik MeRaH JamBu said...

kak kiran... boleh3... letak nset nye kat tengah2 apit dgn roti, nanti jd sandwich phone..haha

Miss Tasantek said...

hahaha..kambus dalam beras ye.beras rumaha ku dah ada binatang itam2 tu...abislah hp tu ada penghuni dalam die nanti :)

Cik MeRaH JamBu said...

silap2 hari bulan..makin jahamanm la teponnye..hahaa